17 March 2010

Kehidupan seorang insan bergelar guru...

Hari Isnin:
Bangun pagi seawal 5 pagi kadangkala lebih awal dari itu. Bersihkan diri dan kemudian solat subuh. setelah itu, aku perlu keluar rumah paling lewat jam 7.00 pagi. kelas akan bermula jam 8.00 pagi. persiapan perlu dilakukan sehari sebelum masuk ke kelas. iaitu hari Ahad. setelah selesai semua kelas yang aku ajar, persiapan untuk hari Isnin terpaksa aku lakukan walaupun adakalanya tubuh terasa letih dan lesu. Jam 7.30 pagi pelajar-pelajar sudah mula datang. aku menyambut mereka dengan senyuman yang sentiasa terukir dibibir. maklumlah, pelajar darjah 1 katakan. Muka ku perlu sentiasa kelihatan segar, ceria, dan senyuman yang semanis gula perlu dipancarkan di wajahku ini. Kanak-kanak sekecil 7 tahun bebas dari dosa, jika disambut dengan wajah yg muram, kusam dan pudar pasti mereka akan tertanya-tanya "kenapa dengan cikgu hari ni?".. Maka dengan sebab itulah aku percaya kata orang tua-tua, depan kanak-kanak tak boleh selindung apa-apa kerana naluri mereka mampu mengesan apa sahaja yang kita selindungkan.. semakin hari, semakin sayang aku terhadap mereka. mulai dari awal Februari lalu, aku mengamalkan satu amalan bersama mereka. amalannya ialah, aku akan menunggu mereka masuk ke dalam kelas, lalu mereka akan bersalaman dengan aku lalu kami memeluk antara satu sama lain dan mendoakan kebahagiaan antara satu sama lain. Oleh kerana kelasku terdapat pelajar perempuan, maka mereka dikecualikan untuk melakukan itu. takutlah lain cerita pula yang timbul. aku hanya lakukannya bersama pelajar lelaki sahaja. Kini, amalan itu menjadi satu amalan yang rutin bagi kami. sayang mereka semua...

Hari Selasa:
Seperti biasa, jam 5 pagi adalah waktu aku bangun dari tidur. bersiap sedia untuk ke pejabat. hari Selasa biasanya aku tidak mengajar di dalam kelas. Masuk jam 8 pagi, dan menghadiri kursus atau latihan pada jam 10 pagi sehingga jam 2 petang. Setelah itu, aku perlu bergegas pulang ke pejabat kerana banyak kerja-kerja administrasi yang perlu aku selesaikan. hari Selasa tak banyak cerita lah..

Hari Rabu:
Untuk hari Rabu, aku akan bersama-sama dengan pelajar darjah 2. Dua kelas kesemuanya untuk hari itu. Satu kelas di sesi pagi dan satu kelas di sesi petang. mereka semua adalah pelajar-pelajar yang bijak dan cepat menangkap apa yang disampaikan di dalam kelas.

Hari Khamis:
Aku bersama dengan pelajar-pelajar darjah 4. Pada awalnya kelas mereka adalah kelas yang paling bising. Namun, setelah aku menetapkan undang-undang di dalam kelas tersebut, kelas itu menjadi kelas yang "senyap" daripada biasa. mereka kini menjadi lebih rajin belajar, tertib, dan antara kelas terbaikku..setelah itu aku bergegas ke tempat kursus dan latihan dijalankan. seperti biasa, kelas akan selesai pada jam 2 petang. Setelah penat mengajar dan belajar, aku pergi merehatkan tubuh dengan pergi berenang atau berbasikan di East Coast. Jam 5 petang, PULANG KE RUMAH.

Hari Jumaat:
Hari yang melelahkan!Itu sahaja yang mampu aku ungkapkan.

Hari Sabtu:
I LOVE SATURDAY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hari Sabtu adalah hari rehat atau "rest day" bagi aku. Namun aku korbankan rest day ku semata-mata untuk mengajar darjah 3 yang telah bersama-sama dengan aku sejak mereka darjah 2 lagi. kelas itu sangat istimewa. Istimewa kerana mereka sudah memahami aku dan aku memahami mereka... LOVE THEM ALL!!

Hari Ahad:
Hari yang memerlukan energi dan stamina yang cukup untuk mengharungi "cabaran" hari AHAD... heeehee...

tu je.. tata..

No comments: