17 March 2011

OK...

Assalamualaikum...

haha... blog ni rasanya macam tempat luahan perasaan pulak... dulu masa baru2 ada blog rajin laaa sangat meng'update' blog.. tapi sekarang ni dah lain jadinya...

ok, i think this is my very first blog in 2011......

ermm..
aha~!!

jom kita ghoyak sikit laa pasal 2011 ni...

Tapi sebelum tu, apa jadi dengan 2010 aku ehh??
hahh ni lah nak kena cerita ni.. last blog aku on 25th Oct 2010..

ok 2010 tahun yang sangat....................................
ermmmmmmmm
sangat penuh dengan ups n downs...
tapi tetap bersyukur sebab, ia mengajar dan mengajak kita mengenali diri kita yang sebenar dan Pencipta kita yang Esa.. Alhamdulillah.. Hidup ni penuh sangat dengan ujian dariNya. Kita harus sentiasa bersedia menerima ujianNya dengan hati yang tenang dan penuh keyakinan bahawa sebalik setiap dugaan tersebut, pasti ada satu kemanisan yang akan kita kecapi. Memang pada dasarnya kita tak mampu untuk menghadapi semua tu, tapi bila kita fikir semula... Secara tidak langsung, kita akan menerima ujian tersebut perlahan-lahan dan dengan hati yang ikhlas.


Sekarang, cerita tentang 2011...
Secara peribadi, tahun 2011 adalah tahun yang tersangat mencabar bagi aku. Mencabar dari aspek pekerjaan dan kehidupan... Ni dua perkara yang outstanding sangatlah tahap cabarannya selain dari yang lain-lain.

dari aspek pekerjaan, tugas untuk 2011 ni semakin menambah (mana ada kerja makin berkurang kan?? unless kalau boss dah tak nak aku bekerja dgn dia lagi... harap-harap tak lah macam tuuu... zaman sekarang susah nak cari keje beb!)
Dengan bertambahnya tugas, maknanya bertambahlah tanggungjawab aku di tempat tugas tu.
Kalau dulu, aku hanya terima arahan dari manager aje.. tapi sekarang bukan setakat manager.. Director pun bagi aku tugas..

Dari Januari hingga Mac, tugas demi tugas aku terima... tak sedar pun yang sekarang dah bulan Mac dan tak lama lagi April. sekejap masa berlalu..

nantikan sambungan yang lebih menarik... idea dah kering laahh...