15 April 2009

Hello 26.. Gdbye 25...

hari ni adalah hari yang paling istimewa buat aku... Alhamdulillah, hari ni genap 26 tahun usia aku hidup di dunia ni. Segala ranjau hidup yang aku lalui selama 25 tahun lalu telah banyak mengajar aku tentang erti hidup yang sebenar. Pada pandangan aku, usia yang paling indah adalah usia kanak-kanak. Usia yang paling manis adalah usia di masa persekolahan. bersama rakan-rakan dan guru-guru di sekolah. usia yang benar-benar mengajar aku tentang erti kehidupan ialah semasa aku mula melangkahkan kaki ke alam pekerjaan. segala pahit manis alam pekerjaan aku lalui dengan tabah. Ibuku banyak membantu aku dalam melalui onak duri pekerjaan. Thanx mum..

No comments: