15 July 2008

ape eh ni...?

Hmmm… hari ni aku tak kerja.. cuti.. apa nk buat? Ada idea? Aku begitu bosan bila aku cuti tapi tak ada benda nak dibuat… hmmph!! Selain post blog pat sini, aku akan habiskan masa berjam-jam lamanya di depan komputer untuk melungsur internet. Aku fikir, itulah yang boleh membuat aku “keluar” dari rumah dan “bersiar-siar” atau “melancong” ke merata tempat yang aku suka.. sambil aku menaip ni, aku baru saja “tiba” di Lapangan Terbang Amsterdam.. Tak percaya? Betul.. Sekarang ni aku sedang melungsuri lelaman web www.jetphotos.net yang dah agak lama aku tak kunjungi. Dalam lelaman web ni, macam-macam ada.. Oleh kerana aku suka menaiki pesawat, lelaman inilah yang boleh membuat aku menaiki pesawat-pesawat dari pelbagai syarikat penerbangan di serata dunia tanpa perlu membeli tiket dan mengeluarkan belanja yang banyak. Hanya dengan satu klik, aku boleh sampai ke banda-bandar kegemaranku.. pelikkan hobi aku? Hmmm.. nak tunggu cuti sekolah, rasanya begitu lama.. sekarang baru bulan Julai. Cuti sekolah berikutnya jatuh pada bulan September. Bulan September tahun ni adalah bulan Ramadhan. Cuti sekolah pada bulan Ramadhan ni aku tidak ke mana-mana. Lagipun cuti sekolah cuma seminggu aje. Cuti semester 3 yang pendek. Hmmm, sambil menaip ni, aku terfikir untuk sambut 1 Syawal tahun ni di Jakarta. Mesti seronok kan? Sekali sekala nak merasakan sambut lebaran jauh dari keluarga apa salahnya. Doakan aku ye. Mungkin aku akan berangkat ke Jakarta (CGK – Airport code for Jakarta Soekarno Hatta) dua hari sebelum Aidilfitri. Kata orang sambil menyelam minum air.. Kalau nak merasakan lebaran di Jakarta, mesti nak kena rasakan Ramadhan di Jakarta juga. Eheh!! Dah jauh aku bual.. Tadi di lapangan terbang Amsterdam (AMS – Airport code for Amsterdam) sekarang bebual pasal hari raya pulak.. Mungkin korang yang terbaca blog aku ni akan kata aku gila kerana nak beraya di Jakarta. Di Jakarta pun aku ada keluarga juga. Makcik aku adalah orang sana. Jadi sekali sekala pergi menziarahi saudara-mara yang jauh dan berlebaran di sana bersama mereka tidak menjadi masalah besar kan? Sebenarnya, semangat untuk beraya di Singapura ni dah lama terkubur semenjak arwah yai aku meninggal pada tahun 2002. Sejak dari itu, aku dah tak bersemangat untuk beraya walaupun kebanyakkan anggota keluarga berada di Singapura. Bayangkan, dah enam tahun arwahnya pergi. Tapi aku tetap rasa kehilangan yang teramat sangat. Dalam dunia ni ada enam orang yang paling aku sayang dan aku hormati. Selain ibu dan dua orang adikku, nenek aku juga tergolong dalam golongan orang yang paling istimewa dan penting dalam hidup aku. Dua daripada enam orang ni dah pergi meninggalkan aku. Kedua-duanya adalah datuk. Datuk yang kedua ni aku panggil dengan gelaran yai Im. Arwahnya kembali ke rahmatullah pada tahun lepas. Dua ruang kosong yang terdapat dalam hati aku masih belum ada sesiapa yang dapat menggantikannya. Ada sesiapa nak gantikan dua tempat kosong ni? Hmm.. Kalau ada pun, aku rasa aku tak dapat menerimanya. Mungkin korang nampak dan lihat aku ni sebagai seorang yang mempunyai mood swing yang tak menentu, kadang-kadang marah, boring, binget, gembira, ceria, tapi sebenarnya aku adalah seorang yang mudah sangat tersentuh. Hahaha.. pelik betul aku ni.. Oleh sebab itulah aku terfikir untuk ke Jakarta pada Syawal ini dengan harapan aku dapat melupakan sejenak kesedihan yang melanda diri aku. Selain dari itu, aku nak tenangkan fikiran. Biasalah, duduk di kota kosmopolitan seperti Singapura ni macam-macam tekanan yang ada. Di Jakarta, walaupun kota yang juga sibuk, tapi aku telah mendapat ketenangan yang tak boleh aku jumpa di Singapura. Mungkin aku akan tinggal di sana untuk seminggu. Seminggu cukup laaa.. berangkat pada 28hb September, dan pulang tanggal 5 October. Sampai Singapura tanggal 6 jam 2 pagi.. amacam? Ok tak planning aku? Hmmm, naik flight apa ye? Hmmm.. Garuda? Mahal beb. Singapore Airlines? Mahal gila!! Valuair? Hmmm.. boleh dipertimbangkan.. Lion Air? Tak berapa minat la nak duduk dalam pesawat Boeing 737-800.. Bukan sebab aku ni cerewet, tapi memang tak minat. Emirates? Jadual Emirates dari Singapura ke Jakarta selalunya petang dah nak masuk senja. So, tak nak. Lagipun Emirates ada certain days yang ke Jakarta and of course mahal.. Philippines Airlines? Aku berangkat hari Isnin, ada ke flight PR ke Jakarta on Monday? Nak kena check dengan travel agents.. Garuda, SIA, Valuair, Lion Air adalah daily flights to and fro Jakarta. Qatar Airways pun daily flight. Hmmm.. Why not aku naik Qatar Airways (QR). Dah tentu-tentu murah, 5stars airlines service, daily flight, berangkat siang, sampai sana pun siang, dari sana nak ke sini malam. Sesuai dengan schedule aku. Hahaha.. Yes!! Hmmm… Lepas ni aku nak kena tempah tempat duduk awal-awal. Biasalah, musim raya ni banyak pembantu rumah nak balik kampung masing-masing. So untuk tidak mengecewakan aku, aku akan call travel agent aku dan buat tempahan.. Hmmm.. kali ni nak duduk sebelah mane eh? Kelmarin masa aku pergi Jakarta, aku duduk di tempat duduk bernombor 16K. Kali ni mungkin aku nak duduk di tempat duduk bernombor 31A. That’s why aku kena buat early booking kalau nak tempat duduk idaman.. hehehe. Oh Ya!! Sesiapa dari korang kalau nak datang rumah aku masa raya nanti, datanglah bila aku dah balik dari Jakarta nanti.. pada saudara mara tu, datang aje laa bila-bila masa. Yang lain ada cuma I je yang tak ada. Ok lah, sekarang nak balik dari Amsterdam ni.. hahaha.. Macam real je. Eh memang real pe.. Dah sampai pun Amsterdam Schipol Airport tapi tak keluar ah.. Cuma di alam siber je... Aaaaahahahahaha. LOL! Lepas ni nak ke mana? Hmmm.. lets see.. jom kita try pergi Seoul Incheon Airport (SEL).. SEL was ranked in one of the best airport in the world.. hmmm... haaa kau!! Berderet Korean Air. Nice livery.. boring ah.. balik ah.. kita pergi Changi Airport (SIN).. okay, aku dah selamat tiba di terminal 3.. hahaha.. ok lah. Dah penat ni.. nak balik tido. Nanti kalau ada free time aku tulis lagi la dalam blog aku ni.. sayonara… tata..


Hasbi signing off..
ZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZzzzzzzzZZZzzZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

No comments: